Gadis Tanggal Baju Petaling Street Bukan Calang Orang??

Gadis Tanggal Baju Petaling Street Bukan Calang Orang

KUALA LUMPUR 21 Sept. – Mahkamah Majistret di sini me­netapkan 13 Oktober ini untuk sebutan semula kes bekas model, Persana Avril Sollunda yang didakwa melakukan perbuatan lucah dengan menanggalkan baju di Jalan Peta­ling sehingga videonya men­jadi viral di laman sosial, April lalu.




Persana Avril

Majistret Nur’Aminahtul Mardiah Md. Nor menetapkan tarikh itu selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, S. Malini Anne hari ini untuk mendapatkan tarikh baharu memandangkan beberapa dokumen iaitu gambar serta rakaman video kes terbabit masih belum diserahkan kepada tertuduh.


“Dokumen-dokumen lain telah diserahkan kepada tertuduh namun gambar dan rakaman video kes masih belum lengkap, jadi saya mohon tempoh dua minggu untuk berbuat demikian,” kata Malini.
Tiada bantahan diterima daripada peguam Kevin Tan yang mewakili Persana Av­ril, 32, atau nama pentasnya, Shana Avril.



Tertuduh yang berasal dari Sabah itu sebelum ini mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan melakukan perbuatan lucah di Jalan Petaling, Dang Wangi di sini pada pukul 2.07 petang, 23 April lalu.

Wanita yang hadir ke mahkamah dengan memakai baju hitam dan berseluar biru itu didakwa mengikut Seksyen 294(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga bulan atau denda atau kedua-duanya.

Terdahulu, media melaporkan seorang wanita bertindak menanggalkan bajunya di khalayak ramai sehingga menampakkan payu daranya dalam pergaduhan dengan seorang peniaga kerana enggan membayar RM18 selepas makan di sebuah restoran tersebar di laman sosial.
Tertuduh kemudian diarahkan oleh mahkamah untuk menjalani penilaian psikiatri di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan, Ulu Kinta, Perak sebelum disahkan waras dan layak dibicarakan pada 10 Ogos lalu.
0 Komentar untuk "Gadis Tanggal Baju Petaling Street Bukan Calang Orang??"

loading...

pro

 
Copyright © 2014 HARIAN METROO - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info