(VIDEO): Pesta Tidak Bermaruah Di JepunVideo: 7 Gadis Terengganu 'Berpesta Arak' Tersebar
SHAH ALAM - Kementerian Dalam Negeri (KDN) menerusi Unit Penguat Kuasa Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks al-Quran hari ini bertindak menyerbu tiga premis dan merampas kira-kira 230 unit bahan berunsur lucah.
Operasi yang diketuai Ketua Unit Penguatkuasaan Negeri, Mohamad Hashim Kamaruddin bersama anggota penguatkuasa dan pihak polis itu dilakukan di pusat membeli-belah di Bandar Utama, Petaling Jaya, di sini.
Menurut Mohamad Hashim, hasil pemeriksaan ke atas tiga buah premis perniagaan tersebut mendapati ada menjual baju-baju yang memaparkan objek lucah, patung-patung lucah serta bahan-bahan lain yang memaparkan logo ‘pakalolo’ (daun ganja).
“Hasil daripada rampasan semasa operasi tersebut, sejumlah 150 unit adalah bahan-bahan penerbitan seperti baju, patung, buku dan poster yang berunsur lucah manakala 80 unit terdiri daripada pelbagai barangan seperti beg, baju, topi dan juga seluar yang mempunyai lambang daun ganja.
“Anggaran keseluruhan nilaian barang rampasan adalah RM14,234.20. Tindakan rampasan dibuat berdasarkan peruntukan Undang-Undang di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.
Jelasnya, siasatan akan dijalankan mengikut Seksyen 8 (2) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 kerana mengedar bahan-bahan penerbitan yang telah dikenakan perintah larangan oleh kerajaan.
Mengulas lanjut perkara tersebut, KDN mengesyaki barang-barang lucah tersebut dicetak dan diimport dari luar negara seperti Jepun.
Susulan itu, katanya, KDN kini sedang mempergiatkan usaha secara berkala bagi membanteras pemilik premis yang masih berdegil menjual dan mengedar bahan tersebut.
“Orang awam juga dinasihatkan untuk membuat laporan sekiranya mengetahui terdapat premis-premis yang menjual bahan-bahan lucah dan terlarang.
“Untuk membuat laporan orang ramai boleh menghubungi talian 03-5519 0349,” katanya, lapor Malaysian Digest.
(7 Gambar) Kantoi!! Hotel Ini Sajikan Tarian Separuh B*gel(VIDEO): Gadis Sanggup Mandi Darah Berb*gel(VIDEO): Gila! Acara Amal Meremas Payudara Wanita di Jepun?Gambar: Wanita Bangga Kongsi Gambar Bogel Di Tempat Awam(VIDEO): Muat Naik Video Di FB Dirogol Majikan Telah Menyelamatkannya(VIDEO): Wanita Indonesia Terkenal Di Amerika Syarikat Dalam Filem P*rno(GAMBAR): Akaun Instagram Penyanyi Terkenal Digodam Dan Gambarnya Tersebar!!
selanjutnya dan Lihat VIDEO DISINI
Artikel Menarik:
0 Komentar untuk "Kantoi!! 3 ‘Kedai Seks’ Diserbu"